Tuesday 17 April 2012

PENGENALAN

         Sumber tenaga amat merupakan kuasa yang amat penting di Malaysia.Sumber tenaga dibahagiakan kepada dua jenis iaitu;
  • Sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga hidroelektrik,tenaga suria,dan tenaga biomass.
  • Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah tenaga terma dan tenaga nuklear.
Kuasa hidroelektrik dijalankan oleh kuasa air dengan menggunakan turbin hidro.Empangan hidroelektrik biasanya dibina di kawasan  tanah tinggi di hulu sungai.Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk menghasilkan kuasa hidroelektrik kerana menerima hujan sepanjang tahun,mempunyai sungai-sungai yang beraliran deras dan mempunyai isi padu air yang banyak dan tetap.Tenaga terma memerlukan sumber alam untuk menghasilkan tenaga dan tenaga ini juga dikenali sebagai kuasa elektrik haba.Tenaga terma akan kehabisan jika sumber alam yang digunakan untuk memprosesnya habis digali.Tenaga suria diperoleh daripada pancaran matahari dan dikenali sebagai tenaga solar.Tenaga nuklear dihasilkan oleh uranium dan plutonium.Tenaga biomass boleh diperoleh melalui proses kitar semula iaitu menggunakan sisa-sisa pertanian,industri dan bahan buangan haiwan.Tenaga biomass berpotensi sebagai sumber tenaga alternatif untuk biobahan api,biotenaga dan bioproduck.Dari segi biobahan api, tenaga biomass dapat ditukarkan terus menjadi biodiesel untuk kereta,bas,trak,kapal terbang dan kereta api.Dari segi biotenaga,tenaga elektrik yang dihasilkan oleh tenaga biomass kebanyakannya digunakan oleh pihak kilang.Dari segi produck,didapati pelbagai jenis barangan yang diperbuat daripada minyak fosil dapat dihasilkan daripada biomass iaitu barangan plastik,tekstil,gam kayu dan lain-lain.

3 comments:

  1. baik....saya suka bahagian tepi sepatah kata....!!!

    ReplyDelete
  2. terbaikk,lagi mudah untuk kami mencari maklumat.Terimakasihh

    ReplyDelete