Thursday 19 April 2012

INFO EKSTRA!

SUMBER ELEKTRIK TERMA
  • Menggunakan sumber petroleum ,gas asli ,dan arang batu.Tenaga ini tidak boleh diperbaharui kerana sumber semakin kehabisan.Tenaga terma ini di Malaysia terdapat di Paka,Port Dickson,Perai,dan Kota Kinabalu.
SUMBER GEOTERMA
  • Sumber yang diperoleh daripada stim dan mata air panas serta geiser yang boleh menjanakan kuasa elektrik.Sumber ini banyak dijalankan di kawasan gunung berapi di Filipina,Jepun dan Indonesia.


TENAGA HIDROELEKTRIK
  • Tenaga yang berasakan sumber air daripada jeram , air , terjun , dan empangan. Hidroelektrik adalah sumber tenaga yang utama di Benua Asia terutamanya di negara Jepun , China , dan Korea Selatan.Benua Asia manhasilkan kira-kira 15% daripada jumlah pengeluaran tenaga hidroelektrik dunia.Kos pembinaan empangan untuk menjana tenaga adalah tinggi.
TENAGA NUKLEAR
  • Tenaga yang dihasilkan menggunakan logam uranium dan plutonium yang amat berat.Reaktor ialah pusat bagi pengeluaran tenaga nuklear dan tenaga nuklear adalah sangat berbahaya kepada kehidupan kerana pembuangan bahan yang bersifat radioaktif.Negara seperti China , Iran , Korea Utara , India , dan Pakistan mempunyai banyak simpanan nuklear.