Saturday 5 May 2012

FAEDAH KECEKAPAN TENAGA

Jika kita amalkan kecekapan tenaga,maka kita:
  • menjimatkan tenaga
  • menjimatkan kos tenaga
  • mengurangkan fosil fuel depletion
  • mengelakkan impak emission bebahaya kepada alam sekitar
  • kesan positif terhadap produktiviti dan daya saing
  • pengurangan pengeluaran karbon yang yang menyumbang kepada pemanasan global
  • pengurangan pencemaran udara
  • kurangan loji jana kuasa ,penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan
  • mengurangkan masalah pertumbuhan dan permintaan tenaga global
  • memanjatkan hayat sumber-sumber asli
Tindakan yang boleh diamalkan oleh kita seperti:
  • membuka lampu yang perlu sahaja di ruang tamu
  • menutup suis apabila tidak berkenaan
  • membiasakan dengan penggunaan lampu rendah tenaga dan mencapai kecerahan standard

Thursday 3 May 2012

KECEKAPAN TENAGA!

Kecekapan tenaga bermaksud satu tindakan yang menggunakan tenaga yang sedikit untuk menyempurnakan tugas yang sama.Tenaga hanya menggunakan sedikit untuk memanaskan,menyejuk dan sebagainya.Ia juga boleh melibatkan penggunaan peralatan cekap tenaga yang menggunakan tenaga yang sedikit.Penggunaan tenaga yang sedikit juga boleh digunakan di kilang dan sektor pembuatan dalam mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sama.Kecekapan tenaga ini juga sangat penting kerana penggunaan tenaga secara cekap akan menunjukkan kadar penjimatan tenaga dan wang yang kurang dibelanja untuk tenaga itu.Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam elektrik yang lebih rendah.

Monday 30 April 2012

BERITA SIARAN LANGSUNG TENTANG SUMBER TENAGA






PENJIMATAN TENAGA


1.1PENJIMATAN SUMBER TENAGA



                  PENJIMATAN TENAGA

A)ELEKTRIK
  PANDUAN  PENJIMATAN ELEKTRIK
  • Menggosok baju dalam jumlah yang besar pada sesuatu masa kerana setiap seterika memerlukan masa dan  tenaga elektrik yang banyak sebelum boleh digunakan.
  • Kurangkan barangan yang diletak di dalam peti sejuk kerana barang simpanan yang banyak dalam peti sejuk memerlukan tenaga yang banyak untuk memberi kesejukan.
  • Sekiranya cuti sekolah yang berpanjangan, memastikan suis tutup bagi menjimatkan elektrik dan juga membuka peti sejuk sedikit untuk menggelakkan bau busuk.
  • Kedudukan peti sejuk di rumah yang paling sesuai ialah kawasan yang tidak sempit agar udara panas yang dilepaskan peti sejuk boleh berputar.Jika diletakkan di tempat sempit,peti sejuk akan meninggikan suhu di sekelilingnya dan menyebabkan lebih tenaga diperlukan untuk mengawal suhu dalaman peti sejuk.
  • Mentol yang menjimatkan tenaga boleh digunakan biarpun kosnya agak tinggi ,namun ia  menjimatkan tenaga dalam jangka masa yang panjang.
  • Didik anak-anak supaya sentiasa menutup lampu atau kipas yang tidak digunakan.
  • Jangan membiarkan televisyen dalam keadaan mod standby apabila tidak digunakan.
  • Tidak perlu sentiasa meletakkan nasi periuk dalam keadaan mod warm dan tidak diperlukan mati suisnya.
  • Memasak air dalm jumlah yang diperlukan sahaja kerana memasak ai dalam jumlah yang banyak memerlukan tenaga untuk memasak dan memanaskan semulanya.

    B)AIR
PANDUAN MENJIMATKAN AIR

  • Baiki paip yang hancur,jika dibiarkan kita akan membazir sehingga 90 liter air sehari.
  • Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur.Kita boleh menjimatkan 5 liter air seminit.
  • Sebelum membeli peralatan air,kita perlu memastikan kadar penggunaan air perlatan tersebut.
  • Gunakan pancuran air daripada mencedukkan air dari tangkungan.Kita boleh menjimatkan dua pertiga daripada jumlah air yang digunakan.
  • Kumpul air hujan untuk menyiram pokok.1,000 liter air sejam akan digunakan sekiranya kita memakai air pancutan untuk tujuan yang sama.
  • Gunakan air dalam baldi untuk mencuci kenderaan.
  • Gunakan penyiram untuk menyiram pokok bunga untuk menjimatkan air.
  • Gunakan air di dalam gelas semasa mamberus gigi atau mencuci muka.
  • Gunakan tadahan air untuk kegunaan harian.
  • Pastikan pakaian yang penuh ketika menggunakan mesin basuh.
  • Gunakan bekas ketika mencuci sayur ,buah-buahan,dan sebagainya.

Friday 27 April 2012

INFO EKSTRA!!

Bahan mentah
  • Hasil utama untuk sesuatu pembuatan
PETRONAS
  • Petroleum Nasional Berhad
PUSPATI
  • Pusat penyelidikan Atom Tun Dr.Ismail
MINT
  • Institut Penyelidikan Teknologi Nucklear Malaysia
Bahan bakar
  • Sumber mineral untuk mendapatkan tenaga haba kuat
Hutan hujan tropika
  • Hutan yang hidup subur di lokasi garisan Khatulistiwa
Kuasa hidroelektrik
  • Sumber tenaga yang dijana daripada empangan sungai

Sunday 22 April 2012

PENERANGAN TENTANG SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI

               1.SUMBER HUTAN



Malaysia kaya dengan sumber hutan yang terdiri daripada tumbuhan semula jadi dan haiwan.Sumber hutan amat penting untuk industri pembuatan dan eksport kayu gergaji.Hutan merupakan habitat bagi flora dan fauna.Jenis hutan di Malaysia ialah hutan hujan tropika,hutan paya bakau,hutan pantai,hutan paya air tawar,dan hutan gunung.Sumber hutan merupakan sumber yang boleh diperbaharui kerana hutan yang telah ditebang boleh ditanam semuladan haiwan liar boleh dibiakkan untuk mengelakkan kepupusan.Antara kegunaan hasil hutan Malaysia ialah kayu bakau untuk membuat kayu api,bahan binaan,industri menyamak kulit binatang,rotan untuk membuat perabot,kayu keras untu membuat binaan bangunan,perabot dan kayu ramin untuk membuat bingakai gambar.Tumbuh-tumbuhan di hutan menjadi kegunaan harian dalam kehidupan manusia.Contohnya,bahan api,perabot,membuat bangunan,barang pengguna,bahan mentah untuk industri dan mengimbangi ekosistem.Haiwan juga menjadi asas utama untuk mengimbangi ekosistem,bahan mentah,bahan mentah untuk industri dan makanan. 

2.SUMBER AIR


Sumber air kekal berpunca dari paya(sumber air tawar),sumgai(sumber utama untuk kegunaan  harian serta pertanian), dan tasik(menghasilkan tenaga hidroelektrik).Sumber air boleh diperbaharui dan sumber ini terdapat dengan banyak kerana air diperoleh melalui pembinaan empangan, kandungan air dalam tanah adalah tinggi dan terdapat banyak sumgai yang mengalirkan sepanjang sungai.Air digunakan untuk menjana kuasa elektrik,mengairi tanaman, kegunaan harian, kegiatan perikanan, kegiatan perlombangan, kegiatan perindustrian, habitat flora dan fauna, sukan dan reakreasi dan sebagainya.

3.SUMBER TANIH


Sumber tanih ialah lapisan atas permukaan bumi yang terhasil daripada bahan organan,pereputan tumbuhan dan haiwan dan bahan terbuang.Bahan ini membentuk nutrien tanih bagi menjamin kesuburan tanih untuk pelbagai jenis tanaman.Tanih yang subur ialah lapisan atas yang mengandungi humus,galian,dan air.Tanih yang subur di Malaysia adalah seperti laterit,tanih aluvium atau tanih lanar,tanih gambut,tanih berpasir,tanih regur,dan lain-lain.Tanih juga merupakan sumber yang boleh diperbaharui kerana wujud dalam kuantiti yang banyak dan tanih yang cemar boleh dirawat dan diguna semula.Tanih aluvium atau tanih lanar terdapat di lembangan dan delta sungai hasil proses pemendapan sungai.Timbunan aluvium banyak terdapat di Delta Kedah-Perlis,Delta Kelatan,dan Tanjung Karang.Tanih laterit di kaki bukit sesuai bagi tanaman getah dan kelapa sawit.Tanih ini banyak terdapat di sekitar jaluran getah Malaysia seperti di pantai Barat Semanjung Malaysia dan Pahang Tenggara.Tanih berpasir di sepanjang pinggir laut sesuai untuk pokok kelapa.Tanih ini terdapat di sekitar pinggir pantai Kelantan,Terengganu hingga ke Johor.Tanih gambut sesuai untuk tanaman nanas.Di kawasan paya di Johor,tanih ini sesuai untuk tanaman seperti kelapa,kelapa sawit,belimbing,ciku,pisang,ubi kayu,jagung,keledek,dan kacang tanah.Tanih merah tropika atau tanih podzol banyak terdapat di kawasan zon tropika yang lembap berwarna kemerah-merahan kerana mengandungi banyak bahan besi oksida yang sesuai untuk penanaman getah,kelapa sawit,dan teh.Tanih juga digunakan sebagai bahan mentah,contohnya;Kaolin digunakan sebagai bahan asas membuat porselin dan Tanih liat digunakan dalam bahan asas untuk membuat batu-bata.

4.TENAGA SURIA


Malaysia berpotensi memajukan sumber tenaga suria kerana ada cahaya matahari terik sepanjang tahun.Sumber ini berpotensi menjadi sumber alternatif yang penting pada masa depan.Sumber suria diperoleh daripada cahaya matahari untuk menghasilkan haba dan tenaga elektrikseperti terdapat di Taman Negara Mulu.Sumber suria tidak akan habis dan boleh diperbaharui


Saturday 21 April 2012

   

  UJI MINDA???

 

 

 

1.Mengapakah bijih timah dan kuprum dikategorikan sebagai sumber yang tidak ada pengganti yang sama?

2.Mengapakah udara,tanih,dan hutan dikategorikan sebagai sumber yang boleh diperbaharui?


3.Senaraikan sumber yang tidak boleh diperbaharui di Malaysia?

4.Bagaimanakah sumber-sumber yang berikut dapat diperbaharui:
        a)air
        b)tanih
        c)hutan                    

            

 

  Sumber tenaga yang boleh diperbaharui

  • bermaksud sumber yang dapat digunakan secara berterusan. 

  • contoh sumber ini ialah tenaga suria,air,tanih,dan hutan
  • sumber ini digunakan oleh manusia untuk sesuatu kegiatan.
  • sumber ini tidak akan kehabisan kerana boleh diperbaharui,contohnya melalui pembiakan, penanaman semula,dan kitar semula.
  • sumber ini juga menggunakan pengganti yang sama yang menyebabkan sumber ini tidak akan kehabisan.                                        

Thursday 19 April 2012

INFO EKSTRA!

SUMBER ELEKTRIK TERMA
  • Menggunakan sumber petroleum ,gas asli ,dan arang batu.Tenaga ini tidak boleh diperbaharui kerana sumber semakin kehabisan.Tenaga terma ini di Malaysia terdapat di Paka,Port Dickson,Perai,dan Kota Kinabalu.
SUMBER GEOTERMA
  • Sumber yang diperoleh daripada stim dan mata air panas serta geiser yang boleh menjanakan kuasa elektrik.Sumber ini banyak dijalankan di kawasan gunung berapi di Filipina,Jepun dan Indonesia.


TENAGA HIDROELEKTRIK
  • Tenaga yang berasakan sumber air daripada jeram , air , terjun , dan empangan. Hidroelektrik adalah sumber tenaga yang utama di Benua Asia terutamanya di negara Jepun , China , dan Korea Selatan.Benua Asia manhasilkan kira-kira 15% daripada jumlah pengeluaran tenaga hidroelektrik dunia.Kos pembinaan empangan untuk menjana tenaga adalah tinggi.
TENAGA NUKLEAR
  • Tenaga yang dihasilkan menggunakan logam uranium dan plutonium yang amat berat.Reaktor ialah pusat bagi pengeluaran tenaga nuklear dan tenaga nuklear adalah sangat berbahaya kepada kehidupan kerana pembuangan bahan yang bersifat radioaktif.Negara seperti China , Iran , Korea Utara , India , dan Pakistan mempunyai banyak simpanan nuklear.

Tuesday 17 April 2012

PENGENALAN

         Sumber tenaga amat merupakan kuasa yang amat penting di Malaysia.Sumber tenaga dibahagiakan kepada dua jenis iaitu;
  • Sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga hidroelektrik,tenaga suria,dan tenaga biomass.
  • Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah tenaga terma dan tenaga nuklear.
Kuasa hidroelektrik dijalankan oleh kuasa air dengan menggunakan turbin hidro.Empangan hidroelektrik biasanya dibina di kawasan  tanah tinggi di hulu sungai.Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk menghasilkan kuasa hidroelektrik kerana menerima hujan sepanjang tahun,mempunyai sungai-sungai yang beraliran deras dan mempunyai isi padu air yang banyak dan tetap.Tenaga terma memerlukan sumber alam untuk menghasilkan tenaga dan tenaga ini juga dikenali sebagai kuasa elektrik haba.Tenaga terma akan kehabisan jika sumber alam yang digunakan untuk memprosesnya habis digali.Tenaga suria diperoleh daripada pancaran matahari dan dikenali sebagai tenaga solar.Tenaga nuklear dihasilkan oleh uranium dan plutonium.Tenaga biomass boleh diperoleh melalui proses kitar semula iaitu menggunakan sisa-sisa pertanian,industri dan bahan buangan haiwan.Tenaga biomass berpotensi sebagai sumber tenaga alternatif untuk biobahan api,biotenaga dan bioproduck.Dari segi biobahan api, tenaga biomass dapat ditukarkan terus menjadi biodiesel untuk kereta,bas,trak,kapal terbang dan kereta api.Dari segi biotenaga,tenaga elektrik yang dihasilkan oleh tenaga biomass kebanyakannya digunakan oleh pihak kilang.Dari segi produck,didapati pelbagai jenis barangan yang diperbuat daripada minyak fosil dapat dihasilkan daripada biomass iaitu barangan plastik,tekstil,gam kayu dan lain-lain.
Contoh-contoh sumbernya ialah air,angin,tasik,tumbuhan,tenaga suria,petroleum,bauksit,tembaga,bijih timah,emas,mineral,tanih dan sebagainya.Contoh-contoh gambar sumber yang berikut;
sumber angin
sumber petroleum


sumber bauksit

sumber tenaga suria
sumber mineral


sumber tanih
sumber bijih timah


KEISTIMEWAAN NEGARA MALAYSIA!

            Sejajar dengan landaan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak,roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mangalami anjakan paradigma ke arah menggapai hasrat sebagai negara maju.Dengan itu,Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian sumber asli,yang menjadi asas penting dalam penghasilan tenaga.Sebagai manusia,kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga,air,dan sebagainya untuk menghasilkan sesuatu produk.



                             Peta1.1 Sumber-sumber yang terdapat di negara malaysia.