Monday 30 April 2012

BERITA SIARAN LANGSUNG TENTANG SUMBER TENAGA






PENJIMATAN TENAGA


1.1PENJIMATAN SUMBER TENAGA



                  PENJIMATAN TENAGA

A)ELEKTRIK
  PANDUAN  PENJIMATAN ELEKTRIK
  • Menggosok baju dalam jumlah yang besar pada sesuatu masa kerana setiap seterika memerlukan masa dan  tenaga elektrik yang banyak sebelum boleh digunakan.
  • Kurangkan barangan yang diletak di dalam peti sejuk kerana barang simpanan yang banyak dalam peti sejuk memerlukan tenaga yang banyak untuk memberi kesejukan.
  • Sekiranya cuti sekolah yang berpanjangan, memastikan suis tutup bagi menjimatkan elektrik dan juga membuka peti sejuk sedikit untuk menggelakkan bau busuk.
  • Kedudukan peti sejuk di rumah yang paling sesuai ialah kawasan yang tidak sempit agar udara panas yang dilepaskan peti sejuk boleh berputar.Jika diletakkan di tempat sempit,peti sejuk akan meninggikan suhu di sekelilingnya dan menyebabkan lebih tenaga diperlukan untuk mengawal suhu dalaman peti sejuk.
  • Mentol yang menjimatkan tenaga boleh digunakan biarpun kosnya agak tinggi ,namun ia  menjimatkan tenaga dalam jangka masa yang panjang.
  • Didik anak-anak supaya sentiasa menutup lampu atau kipas yang tidak digunakan.
  • Jangan membiarkan televisyen dalam keadaan mod standby apabila tidak digunakan.
  • Tidak perlu sentiasa meletakkan nasi periuk dalam keadaan mod warm dan tidak diperlukan mati suisnya.
  • Memasak air dalm jumlah yang diperlukan sahaja kerana memasak ai dalam jumlah yang banyak memerlukan tenaga untuk memasak dan memanaskan semulanya.

    B)AIR
PANDUAN MENJIMATKAN AIR

  • Baiki paip yang hancur,jika dibiarkan kita akan membazir sehingga 90 liter air sehari.
  • Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur.Kita boleh menjimatkan 5 liter air seminit.
  • Sebelum membeli peralatan air,kita perlu memastikan kadar penggunaan air perlatan tersebut.
  • Gunakan pancuran air daripada mencedukkan air dari tangkungan.Kita boleh menjimatkan dua pertiga daripada jumlah air yang digunakan.
  • Kumpul air hujan untuk menyiram pokok.1,000 liter air sejam akan digunakan sekiranya kita memakai air pancutan untuk tujuan yang sama.
  • Gunakan air dalam baldi untuk mencuci kenderaan.
  • Gunakan penyiram untuk menyiram pokok bunga untuk menjimatkan air.
  • Gunakan air di dalam gelas semasa mamberus gigi atau mencuci muka.
  • Gunakan tadahan air untuk kegunaan harian.
  • Pastikan pakaian yang penuh ketika menggunakan mesin basuh.
  • Gunakan bekas ketika mencuci sayur ,buah-buahan,dan sebagainya.