Sunday 22 April 2012

PENERANGAN TENTANG SUMBER YANG BOLEH DIPERBAHARUI

               1.SUMBER HUTAN



Malaysia kaya dengan sumber hutan yang terdiri daripada tumbuhan semula jadi dan haiwan.Sumber hutan amat penting untuk industri pembuatan dan eksport kayu gergaji.Hutan merupakan habitat bagi flora dan fauna.Jenis hutan di Malaysia ialah hutan hujan tropika,hutan paya bakau,hutan pantai,hutan paya air tawar,dan hutan gunung.Sumber hutan merupakan sumber yang boleh diperbaharui kerana hutan yang telah ditebang boleh ditanam semuladan haiwan liar boleh dibiakkan untuk mengelakkan kepupusan.Antara kegunaan hasil hutan Malaysia ialah kayu bakau untuk membuat kayu api,bahan binaan,industri menyamak kulit binatang,rotan untuk membuat perabot,kayu keras untu membuat binaan bangunan,perabot dan kayu ramin untuk membuat bingakai gambar.Tumbuh-tumbuhan di hutan menjadi kegunaan harian dalam kehidupan manusia.Contohnya,bahan api,perabot,membuat bangunan,barang pengguna,bahan mentah untuk industri dan mengimbangi ekosistem.Haiwan juga menjadi asas utama untuk mengimbangi ekosistem,bahan mentah,bahan mentah untuk industri dan makanan. 

2.SUMBER AIR


Sumber air kekal berpunca dari paya(sumber air tawar),sumgai(sumber utama untuk kegunaan  harian serta pertanian), dan tasik(menghasilkan tenaga hidroelektrik).Sumber air boleh diperbaharui dan sumber ini terdapat dengan banyak kerana air diperoleh melalui pembinaan empangan, kandungan air dalam tanah adalah tinggi dan terdapat banyak sumgai yang mengalirkan sepanjang sungai.Air digunakan untuk menjana kuasa elektrik,mengairi tanaman, kegunaan harian, kegiatan perikanan, kegiatan perlombangan, kegiatan perindustrian, habitat flora dan fauna, sukan dan reakreasi dan sebagainya.

3.SUMBER TANIH


Sumber tanih ialah lapisan atas permukaan bumi yang terhasil daripada bahan organan,pereputan tumbuhan dan haiwan dan bahan terbuang.Bahan ini membentuk nutrien tanih bagi menjamin kesuburan tanih untuk pelbagai jenis tanaman.Tanih yang subur ialah lapisan atas yang mengandungi humus,galian,dan air.Tanih yang subur di Malaysia adalah seperti laterit,tanih aluvium atau tanih lanar,tanih gambut,tanih berpasir,tanih regur,dan lain-lain.Tanih juga merupakan sumber yang boleh diperbaharui kerana wujud dalam kuantiti yang banyak dan tanih yang cemar boleh dirawat dan diguna semula.Tanih aluvium atau tanih lanar terdapat di lembangan dan delta sungai hasil proses pemendapan sungai.Timbunan aluvium banyak terdapat di Delta Kedah-Perlis,Delta Kelatan,dan Tanjung Karang.Tanih laterit di kaki bukit sesuai bagi tanaman getah dan kelapa sawit.Tanih ini banyak terdapat di sekitar jaluran getah Malaysia seperti di pantai Barat Semanjung Malaysia dan Pahang Tenggara.Tanih berpasir di sepanjang pinggir laut sesuai untuk pokok kelapa.Tanih ini terdapat di sekitar pinggir pantai Kelantan,Terengganu hingga ke Johor.Tanih gambut sesuai untuk tanaman nanas.Di kawasan paya di Johor,tanih ini sesuai untuk tanaman seperti kelapa,kelapa sawit,belimbing,ciku,pisang,ubi kayu,jagung,keledek,dan kacang tanah.Tanih merah tropika atau tanih podzol banyak terdapat di kawasan zon tropika yang lembap berwarna kemerah-merahan kerana mengandungi banyak bahan besi oksida yang sesuai untuk penanaman getah,kelapa sawit,dan teh.Tanih juga digunakan sebagai bahan mentah,contohnya;Kaolin digunakan sebagai bahan asas membuat porselin dan Tanih liat digunakan dalam bahan asas untuk membuat batu-bata.

4.TENAGA SURIA


Malaysia berpotensi memajukan sumber tenaga suria kerana ada cahaya matahari terik sepanjang tahun.Sumber ini berpotensi menjadi sumber alternatif yang penting pada masa depan.Sumber suria diperoleh daripada cahaya matahari untuk menghasilkan haba dan tenaga elektrikseperti terdapat di Taman Negara Mulu.Sumber suria tidak akan habis dan boleh diperbaharui